Holla semua :) hehe , sorry lambat tak update blog :D
Syahyran busy dgn ujian 2 haritu tambah dgn masalah yg bakal ditempuhi oleh syahyran sndiri :)
hehe , so now skrg syahyran nak cerita , haritukan ( Khamis ) Kami (402) masuk fashion show.
eh-2 saya masuk juga ka ? haha XD saya nak jadi model ? haha , memang lawak. tapi saya bukannya model pun cuma pengacara atau penerang setiap model yg meragakan pakaian tradisional sempena Hari Kemerdekaan. Alhamdulilah semua berjalan dgn lancar. Tapiikannnnnnnnnnn , unik kelas syahyran ialah syahyran baca pantun. weeeii , pantun aku mcm apa ja. hancur berderai. ( Thank Hanis sbb tolong last-2 minute untuk Suba) lepastu apa lagi , berpantun la kat atas pentas. tapi mengeletarr gila kut , atas pentas tu. (walaupun jadi pengawas , tapi takut masih ada) So now syahyran taktau , result kitaorng. kalah menang tu , belakang cerita yg penting , kelas aku dh buat terbaik :D so before nk komen ka apa ka. cer korang cuba usha pantun aku (penglipulara) bersama-2 model ku (eh-2 perasan sat). My pantun tu made in sendiri tau :P tak main la tiru-2 ni ( *aceeh , terasa )
Before start mmg dah menggeletar kaki ni
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia kepada barisan hakim yang arif lagi bijaksana, para guru dan rakan-2 yang saya kasihi sekalian. Kami dari kelas 402 ingin memperagakan pakaian tradisional :) (My ucapan)
Berbalam cahaya seri purnama,
Tarikan berseli mengindah tanaman,
Cheongsam, Kebaya, Sari bersama,
Pakaian Tradisi zaman berzaman.
Riuh rendah berada di pasar,
Baba Nyonya bising sekali,
Warna merah warna di dasar,
Cheongsam Athirah cantik sekali.
Syahyran & Tiera
Anak dara belajar dirumah,
Untuk menjaga maruah diri,
Baju Kebaya kami persembah,
Sue Xin yang cantik penarik seri.
Syahyran & Milky Ng
Deepavali di sambut India,
Sungguh meriah tidak terkata,
Suba kami mula bersedia,
Sari yang cantik pilihan dia.
*first nk ckp yg ini sndiri tapi sbb hanis ada, suruh dia buat lain. usha bawah
Indah berseri berbaju Sari,
Pakaian tradisi zaman berzaman,
Para Hadirin yang dihormati,
Subashini kami kenalkan.
(Hanis pnya pantun)
Me & Ashley Lee
Last 2 pantun lagi
Dari Kedah ke pekan Sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
*masa ni kan org ingat habis daaa , ada lagi wei
**satu dewan tergelak
*Finally !!
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian Terima Kasih...
Wallahualam.
Nur Syahyran
No comments:
Post a Comment