Hai , i'm back again. SPM nowadays so before i continue my study, i have one story about '' Penghijrahan seorang gadis '' Tetapi sekiranya ada yang kurang ada yang salah, saya harap pembaca boleh betulkan. Inshaallah, kita berdakwah bersama-sama yaa.. Saya harap yang baru nak berhijrah, berpurdah itu jangan mudah berputus asa yaa ! Keep Fighting !
'' Wei , kau dah pehal. Pakai tudung litup. pakai handsocks sampai tak nampak tangan dah, Pakai penutup dagu , stokin bagai. Dah kenapa ? Lagi mengejut kan bila aku tengok gambar terbaru dan penampilan kau ni dah pakai purdah a.k.a niqab minah arab ! Ni kira dah bertaubat ka? Hahah, tak sangka aku wei.. Dulu aku kenal kau tak macam ni. Hebat kau ! '' - kata seorang sahabat ku
Masa ni perasaan aku rasa down. Aku malu apabila ditegur sebegitu rupa seolah perbuatan aku ini salah. Ya Allah, masa ni hanya mampu tersenyum apabila dengar kata tersebut walaupun hati ini rasa nak menangis sepuas-puasnya. Tapi aku dengan berani berkata '' Salahkah aku seorang Hamba Allah ingin mendekati kepadaNya ? Salahkah aku ingin menjadi sebaik Fatimah Az-Zahra ? Salahkah perbuatan ku wahai sahabat ku dikasihi? ''
Aku melihat wajah mereka. Mereka malu dan terus tidak menanya lagi. Mereka terus beredar meninggalkan aku keseorangan. seolah sudah asing pada mereka. Tetapi aku kuat. aku bukan seorang yang mengalah. Aku dah bertekad untuk berubah. Ini sepatutnya aku perlu perkukuhkan. Aku mula melangkah ke tangga universitiku. Aku melihat ramai yang melihat ku dengan wajah yang pelik, seakan aku ni orang asing. Aku melihat sahabat-sahabatku tadi seolah tidak melayan aku. Ya Allah, dugaan apakah ini ? Betul kata Ustazah Ishah sewaktu aku di Masjid berhampiran dengan Universitiku.
'' Kita nak berubah ni , nak berhijrah , memang ada pelbagai dugaan. Mula-mula org yg terdekat iaitu keluarga , selepas itu sahabat kamu yang kamu percaya dan akhir sekali orang sekeliling kamu. Tetapi kamu kenalah kuat dan tabah, sebab setiap berlaku ada hikmahnya. Teguhkan pendirian kamu. Kamu kena berjanji dan berazam ' Aku berubah kerana Allah s.w.t. Aku buat kerana Allah s.w.t. Semua kerana Allah s.w.t. ' Itu perkara yang kamu perlu ingat , okay Nur ? Ustazah doa agar penghijrahan kamu ni mendapat keberkatan dunia wal akhirat. Inshaallah... ''
Aku masih kata-kata itu. Masih ada dalam minda aku. Tidak mengapa, ini dugaan sementara bagiku. Aku kena kuat, Inshaallah. Aku terus berjalan untuk masuk dalam kampus ku. Tujuan aku disini untuk belajar dah mendapat segulung ijazah. Itu matlamat aku. Setibanya aku di kampus , aku masuk didalam kelas ku. Pelik , kenapa keadaan senyap sunyi. Sebelum aku masuk tadi, bukan main riuh rendah. Hmm, ini mungkin sebab aku kut. Ahhh, Nur apa ni. Kenapa berfikir macam itu ! Aku terus ke tempat duduk ku.
Ya ! masa itu akan rasa sendiri perasaan yang agak pelik sehingga akan berkata dalam diri '' Apa salah aku ? '' Ramai juga aku tengok kawan-kawanku disini yang berbisik dan memandang pelik terhadap aku, lebih-lebih lagi kawan lelaki ku. Ada juga sempat menangkap gambar ku , mungkin kerana cara pemakaian baru aku ni. Aku tahu mungkin ini kali pertama mereka tengok penghijrahan aku.
Ada seorang kawan lelaki mula berkata dengan sinis '' Aku ingat minah arab mana entah, rupanya sahabat kau , Saf. Wei , takda angin takda ribut , tetiba jadi minah arab dah kenapa ? Saf, apa yang rasuk sahabat baik kau ni , Saf ? hahaha.. ''
Saf menunduk malu dan dia ingin berkata tetapi aku cepat berkata '' Didalam Islam , ada ka Hadis atau riwayat Al-Quran melarang seorang hamba Allah ingin berubah kearah kebaikan ? Salahkah aku sebagai Hamba Allah ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik. Dalam suatu riwayat
"Hanya amalan-amalan itu adalah bergantung dengan niat-niat, dan hanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia (sebab- sebab keduniaan) yang ia ingin memperolehinya, ataupun kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya." [ Riwayat Bukhari & Muslim].
Selepas habis aku berbicara , keadaan dalam kelas bertambah senyap. Sehinggalah ada seorang sahabatku , Firah bangun dan bertepuk tangan dengan kata-kata ku tadi. Malah dia berkata '' Aku bangga dengan kau, Nur ! '' Dan yang lain-lain di dalam kelas aku bertepuk tangan apabila Firah berkata begitu. Saf yang menunduk malu tadi , agak terkejut pada mulanya dan terus tersenyum kepada ku. Sementara dua sahabat aku yang berbual dengan aku sebelum aku ke kampus , pandang sinis. Aku tahu mereka meluat dengan aku. Mungkin sebab penghijrahan aku atau sebab lain? Ya Allah , aku berdoa agar sejukkanlah hati mereka. Amin..
'' Hey, apa yang bising-bising ni ? Sebelum saya masuk kelas, asyik bising-bising ja ! Dah semua balik ketempat kamu ! Saya nak mengajar ! '' - kata Cikgu Jamilah
Semua kembali ketempat masing-masing. Malah ada sempat juga kawan lelaki aku bagi '' thumbs up '' mungkin ingin berkata tahniah. Alhamdulilah , penghijrahan aku diterima oleh kawan-kawanku disini. Walaupun tidak semua. Cikgu Jamilah mulakan seisi kelasnya iaitu Pengajian Am. Pada mulanya Cikgu Jamilah tidak memandang aku , tetiba semasa dia ingin melihat pelajarnya bersedia, dia mula memandangku. Dia terus tersenyum.
'' Okay, disini sahaja kelas kita harini. Saya harap Final Sem ni , saya nak awak semua dapat 4 flat dalam subjek saya. No excuse ! Faham semua ? Kalau ada yang tercicir nota , nak pinjam nota or apa , minta kat saya. Tahu nombor saya kan ? Contact saya. Any else ? Kalau takda apa, boleh beredar. '' - beritahu Cikgu Jamilah.
Semua pelajar dalam kelas Cikgu Jamilah terus beredar. Dan aku pelajar terakhir keluar , terus disekat oleh Cikgu Jamilah. Dia berkata '' Cantiknya awak harini. Saya suka penampilan awak. Alhamdulilah , Allah s.w.t. dah buka hati awak yang keras tu. Teruskan penghijrahan ini. Biar kekal sehingga ke akhirat. Insyaallah ''. Sebaik dengar, aku terus menangis dan peluk Cikgu Jamilah. Aku berkata '' Syukran Cikgu. Apa yang cikgu cakap, saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang Cikgu. '' Selepas itu aku beredar dengan lega apabila Cikgu aku dapat menerima penghijrahan aku ini.
Aku berjalan ke arah kafeteria. Kelas Cikgu Jamilah adalah kelas yang terakhir untuk semester keempat. Ini adalah semester kedua terakhir. Tinggal satu semester lagi dan Inshaallah aku akan mendapat segulung ijazah. Aku berjalan ke arah makanan yang ada di kafeteria. '' Ya Allah banyaknya rezeki didepan mata. Nak saja aku beli semua. Ya Allah , Nur apa yang kau fikir ni. Pembaziran adalah amalan Syaitan. Makan saja untuk alas perut kau tadi. '' - bisik hati aku.
'' Kak , saya nak bungkus Nasi kosong satu , Sambal sotong dan ayam
goreng. Air saya nak milo ais. Semua bungkus ya. ‘’ – kata ku
yang melihat pelbagai juadah di kafeteria selesai sahaja aku membayar makanan
aku, aku terus beredar untuk pergi ke kereta aku. Walaupun rumah sewa ku dengan
kampus jauh , tetapi tak menghalang aku untuk pergi belajar.
Semasa dalam perjalanan, aku berselisih dengan dua sahabat aku semasa
aku ingin bergerak ke kampus pagi tadi. Aku tahu persahabatan aku dengan mereka
semakin renggang. Selalunya, aku dengan mereka akan keluar bersama untuk ke
kafe atau ke mana sahaja. Tetapi hari ini aku berseorangan. Aku bertanya kepada mereka ‘’ Korang nampak Saf tak ? Aku ingin
memohon maaf pasal pagi tadi. Korang pun
aku nak minta maaf. Maafkan aku kalau kata-kata aku pagi tadi buat korang
tersinggung. Aku tak berniat berkata begitu tetapi niat aku tegur dengan baik. Maaf
kan aku. Kita dah lama berkawan, takkan sebab benda kecil korang dah berubah
hati ? ‘’ – kata ku yang ingin menyejukkan mereka. Syif mula berkata ‘’ Aku tak marah. Aku terkejut perubahan
kau yang nampak ketara. Mungkin kitaorang nampak kau sekadar menutup aurat sebelum
ini, tetapi bila pemakaian kau begini buat kitaorang terkejut. Aku dan Amirah
maafkan. Kan Amirah ? ‘’ – kata Syif yang juga memohon maaf kepada ku.
Tetapi aku sebaik sahaja Syif menanya kepada Amirah , lalu Amirah berkata
dengan marah ‘’ Sejak bila aku maafkan
dia ! Kau jangan sibuk boleh tak Syif. Kalau kau maafkan dia , kau pi sahaja
berkawan dengan dia. Jangan berkawan dengan aku ! Bye, Assalamualaikum. ‘’
Kata-kata Amirah buat aku menitis mata. Dimana silap aku selama
ini. Dia selalu dingin sejak aku mula bercakap. Ya Allah, Kau sejukkanlah hati
Amirah. Sesungguhnya, Aku hanya insan yang lemah untuk memohon perlindungan mu,
Ya Allah. Amin.. Syif mula berkata ‘’
Sabarlah Nur. Mungkin Amirah masih belum terima penghijrahan kau. Tetapi bukan
harini dan perubahan kau ja yang buat dia macamtu, selalu bila kau nak bercakap
mulalah dia nak dingin. Dan aku nampak kau saja yang kena give up. Kau ada
masalah dengan Amirah ka? Ataupun kau masih berhubung dengan kekasih pujaan
hati dia tu, Ahmad ? Sebab masa dalam kelas tadi bukan kemain aku tengok Ahmad
usha kau. Dalam Insta siap upload gambar kau kut. Kau dengan dia ada apa ka ? ‘’.
Ahmad ? Oh, bakal tunang Amirah. Takkanlah sebab aku selalu terserempak dan
bergaul dengan Ahmad dia marah ? Dan Ahmad , bukankah sering aku tegur kau
untuk tidak membuat pernyataan tentang hubungan kita. Ya Allah. Aku terus
menegaskan kepada Syif ‘’ Ahmad dengan aku
tiada hubungan apa-apa. Sekadar kawan. Mungkin sebab kau dengan Amirah nampak
aku dengan Ahmad berjalan bersama ? Cuti semester lalu, aku pergi ke Masjid
bersama mama aku. Aku tak sangka Ahmad pergi ke Masjid yang sama untuk
bersolat. Lagipun selepas solat Isyak ada ceramah oleh Ustaz Kazim Elias.
Mungkin sebab itu Ahmad ada di Masjid yang sama dengan aku. Selesai sudah
ceramah Ustaz Kazim itu, Ahmad tegur aku dan mama. Dia tidak sangka juga dapat
berjumpa aku dekat sini. Dan sejak itulah aku rapat dengan Ahmad. Malah
keluarga Ahmad juga ada disitu. Ibu Ahmad siap mengingati aku pasal perkahwinan
Amirah dan Ahmad. Almaklumlah, aku kena jadi flower girl.Tetapi serius aku
cakap , aku dengan Ahmad hanya berkawan! ’’ .
Syif faham dengan kata-kata ku. Malah dia suruh aku bersabar kerana
mungkin ini dugaan aku. Aku juga sempat memberitahu kepada Syif agar menolong
aku untuk selesaikan masalah ini. Selepas selesai aku menerang semuanya kepada
Syif, aku pulang dengan hati yang kecewa. Takkan disebabkan Ahmad, Amirah
sanggup dingin dengan aku ? Amirah, kau kena tahu kau dengan Ahmad bakal
berkahwin. Takkan aku sebagai sahabat sanggup nak khianat kau ? Demi Allah,
Amirah ! Aku bukan sahabat sebegitu.
Sudah sampai ke rumah sewaku. Oh nampaknya, Firah dan Mai dah balik. Tak sabarnya aku ingin bercerita tentang kisah penghijrahan aku harini.
'' Assalamualaikum.. Firah, Mai, Saf aku dah balik. '' - kata aku dengan gembira.
Firah sambut pulangan aku. Firah terus peluk dan berkata '' Waalaikumusalam Ustazahku. Aku bangga dengan kau, Nur. Kau hebat ! Tak salah aku berkawan kalini. Haha.. ''. Apalah Firah. Aku berkata '' Mana Mai dan Saf ? Kau dah makan ? aku baru beli makanan. Kalau kau nak, jomlah makan sekali. ''. Firah menggeleng dan berkata baru selesai makan sahaja dengan Saf dan Mai. Nampaknya aku seorang sahajalah yang belum makan. Aku masuk ke dalam rumah bersama Firah. Eh, nampaknya Mai tengah menelaah buku. Buku apa dia beli pula. Kalau bukan kerana buku yang Mai beli, takdanya aku nak jadi macam ni. Nak terkejar-kejar cari Ustazah Ishah. Ralit sungguh membaca Mai. '' Amboi Mai , aku balik pun kau tak dengar ya ? Buku apa pula kau beli hari ini ? Kongsilah dengan aku '' - kata aku.
Mai gelak. '' Kali ini aku beli buku tentang Mazhab Shafie. Aku rasa macam best pula. Lagipun best seller dekat popular. Nanti aku bagi kau baca kay ? '' - kata Mai. Aku pun ketawa kecil melihat reaksi Mai yang begitu sungguh dengan aku. Tetapi tidak nampak pula kelibat Saf. Firah menegur aku '' Saf dalam bilik. Lepas makan tadi, dia senyap ja. Kau ada masalah dengan Saf ka ? ''. Ada ka aku bergaduh dengan dia ? Tak silap aku mungkin pagi tadi punya hal kut. Aish, Nur ! Kau ni asyik berprasangka ja. Tidak apalah. Lepas makan, aku masuk dalam bilik dia nanti. Perut asyik berbunyi dari tadi ja.
Selesai ja makan , aku kemas dan basuh pinggan yang aku guna. Aku terus masuk ke dalam bilik. Aku membuka purdah aku. Aku mencari tuala , pakaian untuk tukar selepas mandi. Selesai sudah aku mandi, aku terus solat untuk Zohor dan selepas itu aku pergi ke ruang tamu dimana Mai , Firah dan Saf ada disitu. '' Amboi ralitnya semua tengok tv. Cerita apa pula kalini ? Jangan kata drama melayu. Nanti sampai ke Isyak kau melayan '' - kata aku sambil ketawa. Firah dan Mai ketawa dengan kata-kata aku. Saf sekadar diam sahaja. Firah berkata '' Wahai Ustazah kesayangan, kami tengah tengok drama Matahari Terbit Lagi. Drama Melayulah. Tapi best cerita ni sebab pasal mualaf masuk Islam. Kau joinlah. '' Oh drama melayu lagi ? Haha, bukan aku tak suka tetapi drama melayu ni banyak adaptasi dalam novel sangat. Kalau berunsur dakwah Islamiah , kebanyakan pasal cinta ja, pasal Allah s.w.t. , Nabi Muhammad s.a.w. kurang pula. Tetapi drama ni menarik minat aku. Kenapa ? Kerana drama ni tentang penghijrahan seorang mualaf.
Aku duduk dan menonton bersama sahabat-sahabat ku. Sambil aku menonton, aku menegur Saf '' Tiada hujan , tiada guruh , sahabat aku yang aku sayang boleh senyap hari ini? Selalunya pantang aku ada dirumah, mulalah orang tu nak bising. Alih-alih boleh diam. BFF datang ka wahai sahabat ? ''. Saf memandang aku, Firah dan Mai hanya tersenyum lebar sahaja.Saf menunduk malu, dia mula membuka mulut sekian lama tidak bercakap '' A...aaaku malu dengan kau. A....aaku takut kalau kau marahkan aku. Sebab itu dari kampus sampai di rumah aku berdiam. Aku harap kau tak marah aku. Aku minta maaf sebab tak tolong kau tadi aa...akuuu ''. Aku mencelah ''Kalau aku marah , ada aku tegur kau ka ? Aku terkilan sebab kau tertiba berdiam macam ni. Aku berfikir dari kampus sampai ke rumah. Dalam kereta pun sama. Aku ingat kau marah aku sebab menolong kau tadi. Aku berkata benar kepada diaorang. Tak salah aku berhijrah ? Bukan aku sudah beritahu korang aku nak berhijrah. Apa korang lupa ka ? Haish, kata sahabat ! Ni nak menangis balik rumah mama aku ni ! ''. Saf tersengih dengan kata aku. Aku tahu dalam lubuk hati Saf, dia ingin sahaja membantu aku, tetapi aku ja yang nak tegakkan keadilan aku. Yelah, takkan nak suruh orang ja yang bantu kita. Kena bantu diri sendiri juga kan ? Aku terus peluk Saf kerana itulah cara aku memujuk Saf untuk tidak merajuk dengan aku. Tetapi Firah dengan Mai pula yang cemburu. Mereka berdua pun memeluk kami berdua. Eh, diaorang ni. Sabar sahajalah. Dan drama di hadapan tak menonton, tetapi kami yang berdrama lebih.
Saf menegur aku ''Bagaimana kau boleh hadapi semua ini ? Dan macam mana kau boleh nak berhijrah ke arah ini ? Berkongsilah dengan kami. Kami nak dengar ''. Oh, itu tujuan diaorang semua ini. Nak berborak tentang aku ka ni ? Hehe, tak mengapa. Aku suka berkongsi cerita dengan mereka. Sebab mereka faham keadaan aku dengan mudah. Alhamdulilah..
Aku mula berbicara '' Aku berhijrah kerana Allah s.w.t. Lahgipun kita kena Istiqamah apa yang kita kena buat. Dan aku berazam dalam diri aku. Tanam diri aku. Aku berhijrah sebab aku nak dekati diri aku dengan Allah s.w.t. Korang tahu kan tentang Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah Ke Madinah disebabkan Islam kerana utusan Allah s.w.t. ? Macam itu juga aku, aku berhijrah untuk mencari dan mendekati Allah s.w.t. Mesti korang tertanya tentang pemakaian aku kan lebih-lebih lagi berpurdah. Okay, dalam Islam terdapat pelbagai Mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Syafie, Hanbali dan Maliki. Setiap Mazhab terdapat pelbagai pendapat tetapi aku berpegang dengan Mazhab Syafie. Aku akan cerita tentang setiap mazhab tentang pemakaian purdah.
Mazhab Hanafi
Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.
1. Asy Syaranbalali berkata:
“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)
2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)
3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)
4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)
5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)
Mazhab Maliki
Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.
1. Az Zarqaani berkata:
“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)
2. Ibnul Arabi berkata:
“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)
3. Al Qurthubi berkata:
“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)
4. Al Hathab berkata:
“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)
5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:
“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)
Mazhab Syafi’ie
Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.
1. Asy Syarwani berkata:
“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
2. Syeikh Sulaiman Al Jamal berkata:
“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
3. Syeikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)
4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)
5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)
Mazhab Hanbali
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)
1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)
2. Ibnu Muflih berkata:
“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)
3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)
4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb)
Ini adalah sumber dari pembacaan aku. Malah sumber yang aku baca ni bukan ada di buku dan internat sahaja, malah ceramah Ustazah Ishah pun ada berkata tentang ini. Faham sudah ? Itu hukum pemakaian purdah dalam Islam. Tetapi yang penting dalam Islam ialah kita WAJIB menutup aurat. tiada sunat, tiada harus ! Sekarang banyak sangat orang duk kata tunggu seru datang baru nak berhijrah. Ingat mati kena tunggu seru juga ? Cara Islam mengikut Mazhab Syafie untuk menutup aurat ialah menutup seluruh anggota kecuali tapak tangan dan muka. Kaki, lengan WAJIB tutup !
''Akan muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman, kaumlelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu pintu masjid. Wanita wanita mereka (isteri atau anak anak perempuan) mereka, berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yg lemah gemalai.Oleh sebab itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita wanita yang terlaknat.'' (Riwayat Ahmad)
Disebabkan semua yang aku tahu tentang Islam, aku ikut. Sebab aku nak dekat dengan Allah s.w.t. Tetapi kena istiqamah dengan apa yang kita buat. Tak boleh la sekejap okay sekejap buka. Tak boleh mcmtu. Mati pun tak boleh nak kata ' Malaikat stop sekejap, nanti-nantilah ambil nyawa aku. Tak boleh. Kena pancung nanti. Hahaha. ''
Firah , Mai dan Saf sangat ralit dengan hujah aku tadi. Malah mereka seronok dengan cara aku berbicara. Nak berdakwah bukan dengan cara yang kasar, tetapi berdakwah dengan cara yang baik yang boleh ramai mengikuti apa yang disampai oleh Islam. Fatimah Az-Zahra berdakwah secara baik dan telus. Malah dia sabar dan tabah apa yang dia berbicara untuk menjelaskan dakwahnya. Kenapa tidak kita kan ? Mai berkata '' Mama , ayah keluarga kau, terima perubahan kau ? '' Aku membalas '' Pada mulanya mama terkejut dengan penghijrahan aku, tetapi dia faham apa yang aku buat. Malah dia menyokong lagi. Cuma aku masih belum berhadapan dengan saudara aku yang lain lebih-lebih lagi sepupu-2 yang aku paling rapat. Tetapi Inshallah, lepas habis sem ni, aku akan balik kampung dan mungkin aku dapat berjumpa dengan mereka.Sebagai hamba-NYA, dalam setiap urusan kita, haruslah kita cari terlebih dahulu keredhaan-NYA, bukannya keredhaan sesama makhluk. Sebab sekiranya sesuatu urusan itu seluruh manusia meredhanya tetapi tidak bagi Allah s.w.t, maka tiada nilainya urusan itu disisi-NYA, tetapi jika seluruh manusia membenci tetapi Allah meredhainya maka istiqamahlah dan tetap teguh dengan urusan tersebut.
Firman Allah swt.
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33).
Yang penting kita istiqamah kita tu kena bersungguh-sungguh. Bukan main-main lagi faham, sahabat-sahabat ku ?''.
'' Bagaimana nak tingkatkan keimanan dan taqwa kita, Nur ?'' - kata Saf dengan perasaan ingin tahunya.
Aku bersambung '' Senang tetapi kita yang jadikan susah. Okay cara dia ialah
1. Ikuti perintah dan jauhi segala larangan Allah.
2.Pendapat ulama ada mengatakan terdapat 1000 perintah untuk dipatuhi dan terdapat 1000 larangan mesti dijauhi. Berapa perintah dan larangan Allah telah kita patuhi dalam kehidupan kita sehingga kini?
3.Bersyukur kepada Allah, Bersyukurlah jangan menjadi kufur! Allah berfirman: ‘Ingatlah kepada Aku, aku ingat kepada kamu’.4.Manusia itu akhsanul taqwim yakni yang paling baik/lawa/cantik kejadiannya. Allah beri pendengaran telinga, mata dan hati. Allah nyatakan didalam firmannya: ‘tetapi sedikit sekali orang yang bersyukur’.
Senang bukan ? Kita ja yang malas nak nak bertaqwa kepada Allah s.w.t. ''.
Habis aja aku berkata, terus azan berkumandang. Aku berhenti dan terus mengajak sahabat ku bersolat. '' Azan lah. Jom solat. nanti terlepas pula. Malam nanti kita sambung okay ? Ingatkan aku !'' . Kami semua bangun dan beredar ke bilik solat untuk berjemaah. Drama tadi ? Kan aku sudah kata, bukan kami tengok tv, tv tengok kami adalah. sebab kami semua rancak berborak sangat. Setiba aku ingin mengambil air sembahyang, telefon pintarku berbunyi. Aku ingin melihat siapa yang menelefon aku. Alih-alih keluar nama Amirah (Sahabat). Eh, kenapa Amirah menelefon aku ? Hmm, adakah masih dingin dengan aku ? Ya Allah. Kuatkanlah iman aku. Aku memegang telefon tersebut. Saf ,melihat aku dan berkata '' Siapa ? ''. Aku balas '' Amirah call. Mungkin tentang tadi. Ya Allah, Saf aku takut dia masih marah aku lagi. Firah mencelah '' Kau angkat ja. Mana tahu dia ingin meminta maaf. Cuba dengar apa yang dia ingin cakap ''. Aku balas lagi '' Okay, aku cuba ''.
'' Assalamualaikum, Nur. Ni saya Amirah. Menganggu awak tak ? Saya nak berbual dengan awak. Awak masih marahkan saya ? '' - kata Amirah. Aku menjawab '' Waalaikumusalam. Ya Allah tak, Amir. Saya tak marahkan awak pun. Dan saya ingin memberitahu awak hal sebenar. Tetapi saya tahu awak masih dingin dengan saya kan ? Saya harap awak masih ingin berkawan dengan saya ''. Kedengaran AMirah menangis di telefon. Ya Allah, dia menangis ka ? Ya Allah, salah cakap lagi ?. Amirah membalas '' Yaka, alhamdulilah. Tidakklah saya tak marah awak. Saya nak minta maaf kat awak sebab kasar dan dingin dengan awak. Sebenarnya saya pun nak cakap sesuatu dengan awak. Hmm, apa kata kita berjumpa di tempat biasa ? Boleh tak ? ''. Aku membalas '' Boleh. Lagipun lepas saya solat , saya akan ke sana, Insyaallah. Saya ambil awak di rumah awak nanti. Boleh kan? Okaylah. Saya mahu solat dulu. kasihan sahabat saya yang penat tunggu saya. Nanti kita berborak panjang yaa. Bye, Assalamualaikum, sahabatku Amirah ''. Amirah menjawab dengan keriangan '' Baiklah Nur. Dah sampai call saya. Okay, maaf menggangu. Bye, Waalaikumusalam ''.
'' Kenapa Nur, Amirah marah kau lagi ? Aku tengok kau menangis. '' -kata Saf yang memujukku. '' Tidaklah. Dia memohon maaf kepada aku. Nak jumpa aku. Nak cerita semuanya kat aku. Ya Allah lega aku dengar '' - Aku membalas. '' Syukurlah.. Allah s.w.t. dah buka hati dia. Inshaallah. Setiap dugaan ada hikmahnya '' - Mai berkata. Ya ! Betul apa yang Mai katakan. Apa yang berlaku harini, ada hikmahnya. Penghijrahan aku ? Alhamdulilah, banyaknya hikmahnya. Ya Allah aku bersyukur kepadaMu kerana Kau sudah buka hati dan berikan hidayah ini kepada ku. Aku berdoa agar menjadi kekal untuk selamanya. Amin...
Sekian sahaja cerita penghijrahan aku. Ada banyak yang aku ingin bercerita disini. Tetapi sampai disini sahaja yang aku menulis di ruang yang besar ni. Lain kali okay, saudara-saudara ku. Bye, Assalamualaikum.
Oleh : Nur Hawa ( Si Gadis Berhijrah )
No comments:
Post a Comment